adakalanya kita sbg hambaNya yang lemah diuji dgn pelbagai berita atau suasana dan keadaan yang menggembirakan, menceriakan dan menyeronokkan kita..pada masa itu, bibir kita akan dihiasi dengan senyuman yang berbunga-bunga, gelak ketawa mudah ditemui dalam setiap tutur bicara yang kita keluarkan..kita akan sentiasa berasa suka hati..perkara ini merupakan fitrah setiap manusia..
"..fitrah ialah tabiat yang suci dan asli yang dibawa manusia sejak lahirdan belum pernah disentuh dan diubah.." (Aa Gym, 2005)
jadi tidak salah manusia itu bergembira dan berseronok serta berhibur pada suasana dan keadaan yang menceriakan mereka..
-rakan-rakanku ketika berkelah di Sg. Sendat, Ulu Yam..(2011)
adakalanya juga Tuhan Maha Pencipta yang telah menjadikan sekalian alam turut menguji makhlukNya yang bernama manusia dengan berita atau suasana dan keadaan yang menyedihkan, memilukan, mengecewakan dan kadang-kadang membuatkan jiwa hamba yang hina ini menjadi sungguh lemah dan runtuh..perkara yang berlaku pasti akan menyakitkan hati sehingga mengalirkan air mata kerana ia terlalu pilu..juga kadang-kadang menjadikan hamba-hambaNya sangat tertekan dan hilang semangat serta lahirlah sifat putus asa, jiwa memberontak..
- gambar hiasan
kesedihan ini juga merupakan fitrah..semua hambaNya yang normal boleh merasakan perasaan sedih..perasaan ini merupakan sifat yang pertama bagi setiap manusia iaitu menangis..tiada bayi didunia ini dilahirkan dengan ketawa apabila keluar dari rahim ibunya..(segalanya mungkin dengan kuasa Allah)..
soalan :
Adakah ujian Allah itu hanya ketika kita bersedih dan hal yang mendatangkan kegembiraan itu bukan lah satu ujian daripada Nya?..


No comments:
Post a Comment