jalan ceritera yang sangat menarik dan membuat pembaca tertanya-tanya sehingga habis membaca..karya yang berunsur thriller ini membuatkan pembaca rasa nak menjadi seperti watak yang ada di dalam karya tersebut..syabas buat penulis karya tersebut..untuk mengisi masa lapang hari-hari yang mendatang, buku baru yang lain pun dicari di dalam kotak buku..cari punya cari, selongkar punya selongkar, geledah punye geledah terjumpa satu buku yang dah lame tak sambung bace..dimuke surat yang pertama ada ditulis dalam tulisan jawi yang berbunyi...
semua orang belajar, semua orang membesar,
tetapi tidak semua orang menjadi dewasa,
membesar dan belajar dengan pengetahuan serta pengalaman adalah suatu cabaran,
membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak...
buku pemberian seorang kakak yang dikenali semasa zaman belajar sedikit masa yang lalu..terasa masa yang berlalu sangat pantas bergerak..banyak yang telah berubah namun nasihat yang diberikannya sangat bergune dan sangat ikhlas..buku itu dipilih dan akan dijadikan bahan telaah semasa kelapangan nanti..insyaAllah..
selami semula ilmu pada warkah yang tertangguh..

No comments:
Post a Comment